Tuesday, January 24, 2012

♥ MARATHON

Tetiba rasa nak update blog. Dan lepas tu yang nak di update nya pasal cerita J-drama dengan K-drama. Huhu. Pada hal tengah sakit kepala nii. >_<" Nii cerita-cerita yang aku duk pulun tengok masa duduk dekat Cyber, masa tengah banyak kerja bertimbun dan aku elok sakan setiap malam marathon tengok. Miahaha. xp

Baby Faced Beauty



Cerita nii Jang Nara berlakon, jadi boleh agak cerita dia macam mana. Memang cerita lawaklah, kan. Huhu.

You're Beautiful



Cerita nii baru nak tengok sebenarnya, sebab aku dah habis marathon yang versi J-drama punya, Ikemen ne Desu. xp Kebetulan ada lelaki yang berlakon dalam movie You're My pet! Jang Geun Suk. Chumel pulak tengoknya.

You're My Pet

Cerita nii, okaylah. Perempuan nii ambil lelaki nii jadi pet dia, dan akhirnya jatuh cinta. Best jugalah untuk movie. Huhu.

Ouran High School


Cerita nii best, pasal host club. Perempuan tuu di salah anggap sebagai lelaki dan kena berkerja di host club sekolah tu. Cerita nii di adaptasi dari komik. Suka tengok si kembar. xp

Mei-chan no ShitSuji


Cerita pasal butler. Aku suka sebab ada Mizushima Hiro. Dia jadi butler untuk pemegang waris yang baru tahu dia adalah waris untuk syarikat yang besar. Macam itulah lebih kurang. =="


Cool gila. Lagi sekali jatuh cinta. xp

Proposal Daisakusen


Cerita nii sangkut tengok dekat 8tv, lama dah! Tapi, aku tak dapat tengok ending. Memang cari balikkan sebab nak tengok!


Suka Yamashita Tomohisa. Berkenan masa tengok Nobuta wo Produce lagi. ^_^v

Attention Please



Aku layan versi drama, dan lepas tuu bantai tengok 2 movie dari cerita nii. Hehe. Suka hero dia juga sebenarnya. Nishikido Ryo. =="

Atashinchi no Danshi


Cerita nii agak mengarut. Biasalah, cerita Jepun nii kan. Tapi, bagus sebab banyak pengajaran. Lagi-lagi dari segi kekeluargaan. =)

Ikemen Desu Ne


Cerita nii remarks dari yang asal, K-drama tadi. Cerita pasal perempuan nii kena ganti tempat abang dia sebagai penyanyi.

Okay! Itu saja buat masa nii. Haha. Masa mood tengah datang tengok cerita K-drama dengan J-drama. Memanglah banyak aku bantai tengok. Lagi-lagi sebab ada hero yang aku nak tengokkan. Bila takde mood, jangan harap, simpan buat perkasam saja dalam external tuu. xp

>Ada peneman sekarang tengok J-drama dan K-drama. =)<

0 bebel erkkk:

♥ KLIK bebeh